Wednesday, 12 October 2011

Roda Kereta : Pajero Sport VGT Ada Kelebihanya


SELEPAS kenderaan sukan utiliti (SUV), Pajero Sport dilancarkan tiga tahun lalu, kini ia hadir dengan varian terbaru apabila dipadankan enjin lebih berkuasa. Varian baru, Pajaro Sport VGT didatangkan enjin diesel 2.5 liter Common Rail Mtisubishi yang dilengkapi pengurusan Turbo Pemboleh Ubah Geometri (VGT). Teknologi VGT menggunakan bilah kipas berubah-ubah bagi mengawal aliran ekzos terhadap bilah turbin untuk menyalurkan udara tambahan kepada enjin bagi output dan prestasi optimum. Kuasa kilas maksimum Pajero Sport VGT itu boleh mencapai sehingga 1,800 hingga 3,500 rpm, sekali gus memberi pecutan lebih kuat dan fleksibiliti. Ia juga mampu menjanakan kuasa maksimum 178 PS, manakala 350 Nm bagi kuasa kilasnya. Selain itu, enjin VGT dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan baru dengan Mod Sport, selain dilengkapi pedal penukar pada belakang stereng untuk menukar gear tinggi atau rendah. Penambahbaikan itu memberikan tahap penggunaan bahan api secara minimum, seraya memberi keuntungan kepada bakal pemiliknya. Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tetsuya Oda, berkata keistimewaan Pajero Sport VGT termasuklah keluasan kabin dengan tujuh tempat duduk serta dilengkapi ciri-ciri baru yang mengagumkan.

Monday, 22 August 2011

Roda Spy : Gambar Spyshots KIA Forte 2013 (4 Gambar)


Untuk pengetahuan, KIA juga dalam proses memulakan ujian terhadap model Forte 2013. Model facelift bagi Kia Forte terkini, nampaknya lebih canggih dan sporty. Lagi gambar spyshots KIA Forte 2013 di bawah ini.

Roda Spy : Gambar Spyshots P3-21A & Exora Turbo Yang Sedang Berkonvoi


Kali nie, kami dapat gambar spyshots dari blog Paultan.org pulak. Gambar menunjukan 4 buah kereta yang bakal dilancarkan tidak lama lagi berkonvoi buat “road test”. Antaranya kereta P3-21A yang menyerupai Pesona Elegance atau Honda City baru. Dan kelihatan juga, versi facelift untuk edisi Proton Exzora Turbo. Apa pun, memang cool gambar spyshots kali nie. Lagi gambarnya di bawah nie.

 
© Copyright 2011 Dunia Roda | Info Kenderaan Beroda | Design by Wak Studio™ Host by Opss Media™