Wednesday 12 October 2011

Roda Kereta : Pajero Sport VGT Ada Kelebihanya


SELEPAS kenderaan sukan utiliti (SUV), Pajero Sport dilancarkan tiga tahun lalu, kini ia hadir dengan varian terbaru apabila dipadankan enjin lebih berkuasa. Varian baru, Pajaro Sport VGT didatangkan enjin diesel 2.5 liter Common Rail Mtisubishi yang dilengkapi pengurusan Turbo Pemboleh Ubah Geometri (VGT). Teknologi VGT menggunakan bilah kipas berubah-ubah bagi mengawal aliran ekzos terhadap bilah turbin untuk menyalurkan udara tambahan kepada enjin bagi output dan prestasi optimum. Kuasa kilas maksimum Pajero Sport VGT itu boleh mencapai sehingga 1,800 hingga 3,500 rpm, sekali gus memberi pecutan lebih kuat dan fleksibiliti. Ia juga mampu menjanakan kuasa maksimum 178 PS, manakala 350 Nm bagi kuasa kilasnya. Selain itu, enjin VGT dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan baru dengan Mod Sport, selain dilengkapi pedal penukar pada belakang stereng untuk menukar gear tinggi atau rendah. Penambahbaikan itu memberikan tahap penggunaan bahan api secara minimum, seraya memberi keuntungan kepada bakal pemiliknya. Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tetsuya Oda, berkata keistimewaan Pajero Sport VGT termasuklah keluasan kabin dengan tujuh tempat duduk serta dilengkapi ciri-ciri baru yang mengagumkan.
 
© Copyright 2011 Dunia Roda | Info Kenderaan Beroda | Design by Wak Studio™ Host by Opss Media™